Monday, January 16, 2012

Selamat Tahun Baru 2012.. Tahun Baru Cina bakal menjelma..

Salam 1 Malaysia..
Diam tak diam sudah 16 hari kita di tahun baru 2012. Diharap semua rakyat Malaysia telah pun memulakan azam masing2 di tahun 2012 ini.. Saya pun ada juga.. tapi biarlah rahsia dulu... hehehe.. yang penting, harapan saya untuk perniagaan PANGKOR RIMBA KEM & D' SENJA BEACH RESORT ini akan lebih dikenali ke serata dunia kerana keindahan lokasi serta keramahan pekerja2nya serta akan terus berkembang maju, seterusnya berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan.. Insyaallah.. Usaha + Tawakkal = Kejayaan

Pada 23 dan 24 Januari 2012 adalah cuti umum bagi sambutan Tahun Baru Cina... dengan tema tahun Naga maka diharapkan agar tahun ini akan memberi rezeki,kejayaan dan kekayaan yang melimpah ruah lagi bagi semua rakyat Cina di Malaysia. :) Alhamdulillah, booking utk minggu ni sampai 7 Feb 2012 dah penuh.. tapi  pelanggan masih boleh cuba telefon utk bertanya jika masih ada bilik... Kadang2 ada yang cancel booking last minit..

Itu saja coretan saya utk hari ni.. C ya..

Tuesday, December 27, 2011

Krismas berlalu menandakan tahun 2012 Bakal Membuka Tirai..

Selamat Hari Natal / Merry Christmas utk Sesiapa yang berkenaan... Ramai yg mengambil peluang utk balik kampung sempena cuti panjang (termasuklah saya). Itu kurang hebat, ada kawan saya yg sorang ni, balik ke kampung dari 22 Disember 2011 sampai la 3 Jan 2012.. Itu cutisakan namanya.. Apa2 pun, yg penting, Hati2 semasa memandu di jalan raya, Biar Lambat asal selamat.. INGAT ORANG YANG TERSAYANG SEDANG MENANTI KEPULANGAN KITA... :)

Diam tak diam, kita bakal menempuh tahun baru iaitu tahun 2012 dalam beberapa hari saja lagi.. Apa2 pun harap kita sume mempunyai niat dan azam baru bagi memperbaiki masa lalu. Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua pelanggan yang telah menginap di Pangkor Rimba Kem dan D' Senja Beach Resort. Di harap anda semua berpuas hati di layanan kami semasa berada di tempat kami.. Dengan sokongan dan keprihatinan anda, kami akan terus berusaha untuk memperbaiki mutu perkhidmtan kami di masa akan datang.. InsyaAllah,,, Jemput Datang Menginap di tempat kami  lagi.nanti :)

Monday, October 31, 2011

Selamat Hari Deepavali utk semua yang beragama Hindu..

Terlau cepat masa berlalu... Pada 26 Oktober yang lalu, rakyat Malaysia yang beragam Hindu baru sahaja menyambut perayaan Deepavali  yang sinonim dengan perkataan Pesta Cahaya. Di Pangkor juga tidak kurang hebatnya.. Sehingga semalam, masih ramai masyarakat india yg mengambil peluang bercuti bersama keluarga masing2. Begitu juga Pelanggan yang menginap di Pangkor Rmba Kem dan D'Senja.Rasa teruja melihat kebahagiaan dan kemesraan yang terjalin antara kaum keluarga serta rakan taulan. Sememangnya rakyat Malaysia KAYA dengan budi bahasa yang tinggi nilainya serta tidak mampu dijual beli walaupun emas bergunungkan intan permata. Semoga Ikatan dan tali persaudaraan yang terjalin antara kita semua akan kekal selamanya.. InsyaAllah.. aMIN.

Thursday, October 20, 2011

PemandanganMemukau Fenomena - Air Pasang, Air Surut...

Memang tak dapat dinafikan fenomena air pasang dan air surut adalah satu keajaiban yang tidak terhingga. Bila difikirkan, ke mana agaknya semua air pergi menghilang semasa ianya surut. Bila pula ianya akan tiba2 datang melimpah ruah memenuhi taip raung rongga yang telah ditinggalkan semasa surut tadi... Itulah kuasa yg maha Esa... Di sini ada beberapa gambar berdekatan dengan Rimbakem dan Senja Beach Resort sewaktu fenomena tersebut.. cuba hayati keindahan dan kebesaran ALLAH ini sebaik mungkin...

Thursday, October 6, 2011

Ramadhan Berlalu, Syawal DiRindu

Pejam celik, pejam celik, dah habis raya... Pastinya Banyak kenangan pada sambutan raya aidilfitri yg lepas..  Sana sini rumah terbuka, bukan sekadar umat islam sahaja yg menjamu selera, malah rakyat malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum, turut bergembira dan meraikan sambutan hari raya aidilfitri. Saling bermaaf-maafan, lupakan persengketaan lalu, mulakan hidup dengan semangat baru...

Bulan Ramadhan perniagaan agak susut sedikit. Kita pun faham, bulan puasa tiada yg nak bercuti.  Bermula 27 - 29 Ramadhan, pakej  kumpulan telah mula menghuni Rimbakem. Pada 2 Syawal Rimbakem dan Senja telah mula dipenuhi dengan pelanggan. Sehingga hari ini, pakej yang masuk tak putus-putus.. Alhamdulillah, rezeki bulan syawal berterusan hendakNYA InsyaAllah... Untuk semua pelanggan yang telah menghuni Rimbakem dan D'Senja Beach Resort, terima kasih atas kehadiran dan sokongan anda. Semoga anda berpuas hati atas layanan kami. Jika ada sebarang komen atau penambahbaikkan yang boleh dikongsi sila beritahu pihak kami..

Tuesday, May 10, 2011

SELAMAT HARI IBU

       Kepada semua yang bergelar IBU, MAK, MAMA, MUMMY, BONDA atau apa saja panggilan yang diberikan kepada mereka yang mengandung 9 bulan 10 hari, bertarung nyawa ketika melahirkan, mendidik dan membesarkan seorang yang bergelar anak. Sejak dari dalam rahim lagi, seorang ibu telah melakukan pengorbanan yang tak ternilai harganya.
      
        Jadi, sebagai seorang anak, hargailah setiap detik bersama mereka adalah waktu yang sangat berharga. Penuhilah masa2 tersebut dengan kenangan yang indah2. Jangan sekali2 sakiti hati mereka. Bukan harta dan wang ringgit yang diharapkan dari anak2, tetapi KASIH SAYANG & BELAIAN MANJA ANAK2 yang sentiasa dirindu yang didambakan. Peluk dan kucuplah dahi mereka setiap hari...

untuk semua yang bergelar IBU... ketahuilah.... YOU'RE THE BEST.. I LUV MAMA... :)

Terima kasih Yang Tidak terhingga kepada semua pelanggan

      Bermula pada penghujung bulan April (29 /4/2011) sehingga awal bulan Mei (2/5/2011), yang lalu, merupakan satu waktu yang cukup sibuk bagi warga rimbakem dan senja beach resort... Ianya ialah hari minggu di tambah dengan cuti umum, Selamat Hari Buruh...

        Alhamdulillah, rezeki mencurah-curah.. Terima kasih juga kepada semua pelanggan yang sentiasa datang dan menginap di tempat kami. Kami sangat2 berterima kasih kerana sokongan, semangat dan kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan kepada kami..