Tuesday, December 27, 2011

Krismas berlalu menandakan tahun 2012 Bakal Membuka Tirai..

Selamat Hari Natal / Merry Christmas utk Sesiapa yang berkenaan... Ramai yg mengambil peluang utk balik kampung sempena cuti panjang (termasuklah saya). Itu kurang hebat, ada kawan saya yg sorang ni, balik ke kampung dari 22 Disember 2011 sampai la 3 Jan 2012.. Itu cutisakan namanya.. Apa2 pun, yg penting, Hati2 semasa memandu di jalan raya, Biar Lambat asal selamat.. INGAT ORANG YANG TERSAYANG SEDANG MENANTI KEPULANGAN KITA... :)

Diam tak diam, kita bakal menempuh tahun baru iaitu tahun 2012 dalam beberapa hari saja lagi.. Apa2 pun harap kita sume mempunyai niat dan azam baru bagi memperbaiki masa lalu. Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua pelanggan yang telah menginap di Pangkor Rimba Kem dan D' Senja Beach Resort. Di harap anda semua berpuas hati di layanan kami semasa berada di tempat kami.. Dengan sokongan dan keprihatinan anda, kami akan terus berusaha untuk memperbaiki mutu perkhidmtan kami di masa akan datang.. InsyaAllah,,, Jemput Datang Menginap di tempat kami  lagi.nanti :)

Monday, October 31, 2011

Selamat Hari Deepavali utk semua yang beragama Hindu..

Terlau cepat masa berlalu... Pada 26 Oktober yang lalu, rakyat Malaysia yang beragam Hindu baru sahaja menyambut perayaan Deepavali  yang sinonim dengan perkataan Pesta Cahaya. Di Pangkor juga tidak kurang hebatnya.. Sehingga semalam, masih ramai masyarakat india yg mengambil peluang bercuti bersama keluarga masing2. Begitu juga Pelanggan yang menginap di Pangkor Rmba Kem dan D'Senja.Rasa teruja melihat kebahagiaan dan kemesraan yang terjalin antara kaum keluarga serta rakan taulan. Sememangnya rakyat Malaysia KAYA dengan budi bahasa yang tinggi nilainya serta tidak mampu dijual beli walaupun emas bergunungkan intan permata. Semoga Ikatan dan tali persaudaraan yang terjalin antara kita semua akan kekal selamanya.. InsyaAllah.. aMIN.

Thursday, October 20, 2011

PemandanganMemukau Fenomena - Air Pasang, Air Surut...

Memang tak dapat dinafikan fenomena air pasang dan air surut adalah satu keajaiban yang tidak terhingga. Bila difikirkan, ke mana agaknya semua air pergi menghilang semasa ianya surut. Bila pula ianya akan tiba2 datang melimpah ruah memenuhi taip raung rongga yang telah ditinggalkan semasa surut tadi... Itulah kuasa yg maha Esa... Di sini ada beberapa gambar berdekatan dengan Rimbakem dan Senja Beach Resort sewaktu fenomena tersebut.. cuba hayati keindahan dan kebesaran ALLAH ini sebaik mungkin...

Thursday, October 6, 2011

Ramadhan Berlalu, Syawal DiRindu

Pejam celik, pejam celik, dah habis raya... Pastinya Banyak kenangan pada sambutan raya aidilfitri yg lepas..  Sana sini rumah terbuka, bukan sekadar umat islam sahaja yg menjamu selera, malah rakyat malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum, turut bergembira dan meraikan sambutan hari raya aidilfitri. Saling bermaaf-maafan, lupakan persengketaan lalu, mulakan hidup dengan semangat baru...

Bulan Ramadhan perniagaan agak susut sedikit. Kita pun faham, bulan puasa tiada yg nak bercuti.  Bermula 27 - 29 Ramadhan, pakej  kumpulan telah mula menghuni Rimbakem. Pada 2 Syawal Rimbakem dan Senja telah mula dipenuhi dengan pelanggan. Sehingga hari ini, pakej yang masuk tak putus-putus.. Alhamdulillah, rezeki bulan syawal berterusan hendakNYA InsyaAllah... Untuk semua pelanggan yang telah menghuni Rimbakem dan D'Senja Beach Resort, terima kasih atas kehadiran dan sokongan anda. Semoga anda berpuas hati atas layanan kami. Jika ada sebarang komen atau penambahbaikkan yang boleh dikongsi sila beritahu pihak kami..

Tuesday, May 10, 2011

SELAMAT HARI IBU

       Kepada semua yang bergelar IBU, MAK, MAMA, MUMMY, BONDA atau apa saja panggilan yang diberikan kepada mereka yang mengandung 9 bulan 10 hari, bertarung nyawa ketika melahirkan, mendidik dan membesarkan seorang yang bergelar anak. Sejak dari dalam rahim lagi, seorang ibu telah melakukan pengorbanan yang tak ternilai harganya.
      
        Jadi, sebagai seorang anak, hargailah setiap detik bersama mereka adalah waktu yang sangat berharga. Penuhilah masa2 tersebut dengan kenangan yang indah2. Jangan sekali2 sakiti hati mereka. Bukan harta dan wang ringgit yang diharapkan dari anak2, tetapi KASIH SAYANG & BELAIAN MANJA ANAK2 yang sentiasa dirindu yang didambakan. Peluk dan kucuplah dahi mereka setiap hari...

untuk semua yang bergelar IBU... ketahuilah.... YOU'RE THE BEST.. I LUV MAMA... :)

Terima kasih Yang Tidak terhingga kepada semua pelanggan

      Bermula pada penghujung bulan April (29 /4/2011) sehingga awal bulan Mei (2/5/2011), yang lalu, merupakan satu waktu yang cukup sibuk bagi warga rimbakem dan senja beach resort... Ianya ialah hari minggu di tambah dengan cuti umum, Selamat Hari Buruh...

        Alhamdulillah, rezeki mencurah-curah.. Terima kasih juga kepada semua pelanggan yang sentiasa datang dan menginap di tempat kami. Kami sangat2 berterima kasih kerana sokongan, semangat dan kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan kepada kami..

Sunday, April 24, 2011

Dato' Azalina Di Pangkor Rimba Kem_BTN Selangor

Tanggal 23 April, Dato',Azalina telah menjejakkan kaki ke Pangkor Rimba Kem bagi menghadiri Program BTN Selangor yang telah dilaksanakan pada 21-24 April 2011. Gambar belum di upload. tunggu..

Monday, April 18, 2011

Friday, February 11, 2011

Suasana Sekitar D' Senja Beach Resort

Kemudahan D'Senja Beach Resort
 Sekali pandang, nampak macam gerai terbiar. Atas usaha dan data kreativiti Pemilik Pangkor Rimba Kem dan D'Senja Beach Resort ini, iaitu En. Mohd Pisol bersama sokongan ahli keluarganya, telah mengeluarkan  kos pengubahsuaian chalet kedua ini. D'Senja masih mengekalkan konsep dan rekabentuk asal premis ini, ditambah dengan beberapa pengubahsuaian maka terbinalah sebuah chalet yang unik, tetapi masih
mempunyai konsep bumi hijau. Jika dilihat pada gambar, D' Senja dilengkapi 
dengan ruangan menunggu yang mempunyai pelbagai fungsi, surau,
ruangan memasak, tandas, serta lobi.


Lobi D'Senja Beach Resort
 Ruangan lobi ini dilengkapi dengan kemudahan air panas dan air sejuk, peralatan 
untuk seterika pakaian serta set kerusi  dan meja kopi.



Senja - Buaian/Tempat Berehat 
Para pengunjung boleh merehatkan badan samada duduk di buaian ataupun kerusi rehat yang terdapat di sekitar Resort Senja ini. Terdapat kemudahan 2 saluran paip air yang disediakan untuk pengunjung untuk mereka membersihkan diri dengan air bersih setelah puas mandi di laut sebelum masuk ke bilik penginapan.
Senja_Standard Seaview
 Manakala gambar di atas menunjukkan ruangan dalam bilik standard. Terdapat sebanyak 17 bilik standard di sini. 4 daripadanya dipanggil sebagai bilik standard seaview. Ini adalah kerana, pintu bilik ini berhadapan dengan laut dan sangat hampir dengan laut seperti yang dapat dilihat dalam gambar di atas. Setiap bilik standard mempunyai kemudahan asas seperti ; penghawa dingin, almari, televisyen, set kerusi, dan bilik air yang dilengkapi dengan 'water heater'.


Pandangan Hadapan Senja-VIP

Ini adalah bilik yang terbaru yang terdapat di resort ini iaitu Bilik VIP. Ruang dalam bilik ini adalah seperti yang dipaparkan dalam gambar yang berikutnya.

Pandangan  Sisi Senja-VIP
 
 Ruangan Dalam Senja- VIP
Ianya dilengkapi dengan 1 katil kelamin, 1 katil bujang, penghawa dingin set meja kopi, TV, kettle, kerusi rehat cermin muka, meja solek, ruangan untuk menyimpan baju. Bilik ini sangat sesuai sebagai  penginapan sebuah keluarga. 
Senja - Bilik-bilik Seaview
Gambar ini menunjukkan sebahagian dari bilik-bilik seaview yang terdapat di Senja Beach Resort.
Panorama sebelum waktu Senja
Ini pula ialah pandangan di tepi laut dari sudut bilik seaview.

Thursday, February 10, 2011

Suasana Sekitar Pangkor Rimba Kem

Address : Pangkor Rimba Kem & D' Senja Beach Resort
Coral Beach, Teluk Nipah, 
32300 Pangkor Island, 
Perak Darul Ridzuan
Malaysia
Tel : 05-6855523 / Fax : 05-6852242
Email : pangkorrimbakem@gmail.com
Blog : http://www.pangkorrimbakem.blogspot.com
Facebook : Pangkor Rimba Kem Resort

Pejabat Pangkor Rimba Kem
Alhamdulillah, berkat kesabaran, usaha dan sokongan semua pihak, PANGKOR RIMBA KEM, telah berjaya mengembangkan sayap perniagaannya setelah berjaya membuka chalet yang kedua yang dinamakan sebagai D' SENJA BEACH RESORT. Ini ialah gambar pejabat utama yang terletak di Pangkor Rimba Kem. Di sinilah segala urusan pentadbiran dilaksanakan termasuklah urusan keluar masuk pelanggan. Pelanggan yang ingin menggunakan perkhidmatan jalur lebar atau Internet, mereka boleh layarinya di sekitar kawasan pejabat ini secara percuma. Ruangan ini dilengkapi dengan kemudahan air panas dan air sejuk. Permainan Dart juga disediakan di sisi pejabat ini.


Rimba - Bilik Standard




Ini adalah gambar bahagian luar dan bahagian dalam Bilik Standard yang terdapat di Pangkor Rimba Kem, Telok Nipah. Setiap bilik, mempunyai keluasan kira-kira 15x20 kaki. Ruang dalamnya amat selesa dan dicadangkan untuk 4 orang  bagi sebuah bilik. Ianya dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin, televisyen, set kerusi dan bilik air serta 'water heater' untuk mandi. Terdapat sebanyak 12 buah bilik standard yang di Pangkor Rimba Kem. Kesemua bilik ini mengadap arah laut.


Rimba - Bilik Mini Chalet
Ini pula adalah gambar Mini Chalet. Dengan keluasan kira-kira 15x10 kaki, ianya dicadangkan untuk 2 orang sebilik. Mempunyai 1 katil 'double' , set kerusi, serta kemudahan penghawa dingin dan bilik air di dalam. Terdapat sebanyak 3 buah bilik bagi mini chalet ini, juga mengadap arah laut.



Rimba - Bilik Dorm
 Ini gambar bagi Dorm. Terdapat sebanyak 4 Dorm di sini. Setiap dorm boleh memuatkan seramai 18 orang  yang dilengkapi dengan kemudahan katil bertingkat, penghawa dingin dan bilik air. Sekiranya bilik air tidak mencukupi, pelanggan boleh menggunakan bilik mandi atau bilik air luar yang telah disediakan.
 
Rimba - Tapak Perkhemahan
Selain daripada kemudahan penginapan bilik, pihak Pangkor Rimba Kem, mempunyai satu lagi keunikannya, iaitu menawarkan kawasan tapak perkhemahan yang sangat luas dan boleh menampung kira-kira 250 orang pada satu-satu masa. Kawasan ini dikelilingi dengan pelbagai jenis pokok yang telah berumur puluhan tahun lamanya. Ianya, merupakan harta dunia yang tak ternilai harganya.


Rimba - Aktiviti Air (Atas permintaan pelanggan)



Rimba - Dewan Besar 
 Rimba - Dewan Makan,  Bola Tampar & Ruang Santai

Rimba - Kawasan Pantai yang luas



Rimba - Surau utk Lelaki dan Perempuan
Bagi menampung kehendak pelanggan yang pelbagai, pihak Pangkor Rimba Kem sentiasa berusaha bertungkus-lumus untuk memperbaiki perkhidmatan dan segala kemudahan yang terdapat di sini. Selain dari penginapan, Pangkor rimba Kem juga menyediakan kemudahan asas yang lain seperti :

DEWAN TERBUKA, TEMPAT MASAK TERBUKA, 
KEMUDAHAN TEMPAHAN MAKANAN BAGI KUMPULAN, PERMAINAN BOLA TAMPAR, 
SUKANEKA, PAKEJ FAMILY DAY, PUSING PULAU MELALUI AIR DAN DARAT,
AKTIVITI LASAK ( Jungle Tracking, Absailing, Repelling ), SEWA KENDERAAN DAN KARAOKE.

Agungnya Keindahan Alam Ciptaan-NYA


 Kata orang, jauh perjalanan, luas pandangan. Bagi saya, kalau nak tengok pemandangan yang cantik, tak  perlu pergi jauh-jauh. Di Pulau Pangkor ni pun dah cukup memukau pandangan, malah mampu membuat semua orang teruja dan terkasima terutamanya suasana ketika di waktu senja. Gambar ini telah diambil dari depan chalet Pangkor Rimba Kem, Teluk Nipah.

Sebagai tanda menghargai keindahan alam ciptaan-NYA, maka kami telah mengambil keputusan untuk memilih nama D' Senja Beach Resort sebagai nama bagi resort kami yang baru yang telah beroperasi lebih kurang setahun yang lalu. Syukur alhamdulillah, berkat doa, usaha dan sokongan yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat, perniagaan ini masih dapat bertahan dan semakin berkembang.