Kemudahan D'Senja Beach Resort |
Sekali pandang, nampak macam gerai terbiar. Atas usaha dan data kreativiti Pemilik Pangkor Rimba Kem dan D'Senja Beach Resort ini, iaitu En. Mohd Pisol bersama sokongan ahli keluarganya, telah mengeluarkan kos pengubahsuaian chalet kedua ini. D'Senja masih mengekalkan konsep dan rekabentuk asal premis ini, ditambah dengan beberapa pengubahsuaian maka terbinalah sebuah chalet yang unik, tetapi masih
mempunyai konsep bumi hijau. Jika dilihat pada gambar, D' Senja dilengkapi
dengan ruangan menunggu yang mempunyai pelbagai fungsi, surau,
ruangan memasak, tandas, serta lobi.
ruangan memasak, tandas, serta lobi.
Lobi D'Senja Beach Resort |
Ruangan lobi ini dilengkapi dengan kemudahan air panas dan air sejuk, peralatan
Senja - Buaian/Tempat Berehat
Para pengunjung boleh merehatkan badan samada duduk di buaian ataupun kerusi rehat yang terdapat di sekitar Resort Senja ini. Terdapat kemudahan 2 saluran paip air yang disediakan untuk pengunjung untuk mereka membersihkan diri dengan air bersih setelah puas mandi di laut sebelum masuk ke bilik penginapan.
Senja_Standard Seaview |
Manakala gambar di atas menunjukkan ruangan dalam bilik standard. Terdapat sebanyak 17 bilik standard di sini. 4 daripadanya dipanggil sebagai bilik standard seaview. Ini adalah kerana, pintu bilik ini berhadapan dengan laut dan sangat hampir dengan laut seperti yang dapat dilihat dalam gambar di atas. Setiap bilik standard mempunyai kemudahan asas seperti ; penghawa dingin, almari, televisyen, set kerusi, dan bilik air yang dilengkapi dengan 'water heater'.
Pandangan Hadapan Senja-VIP
Ini adalah bilik yang terbaru yang terdapat di resort ini iaitu Bilik VIP. Ruang dalam bilik ini adalah seperti yang dipaparkan dalam gambar yang berikutnya.
Pandangan Sisi Senja-VIP
Ianya dilengkapi dengan 1 katil kelamin, 1 katil bujang, penghawa dingin set meja kopi, TV, kettle, kerusi rehat cermin muka, meja solek, ruangan untuk menyimpan baju. Bilik ini sangat sesuai sebagai penginapan sebuah keluarga.
Senja - Bilik-bilik Seaview
Gambar ini menunjukkan sebahagian dari bilik-bilik seaview yang terdapat di Senja Beach Resort.
Panorama sebelum waktu Senja |
Ini pula ialah pandangan di tepi laut dari sudut bilik seaview.
Nk booking bleh x
ReplyDeleteboleh booking ke?
ReplyDeleteBaru je pergi d'senja mmg x puas hati langsung mahal ..... Staff pon mcm ape je ...
ReplyDeleteIngat nak p sini ok ka
ReplyDeletenak booking cuti sekolah
ReplyDelete