Sunday, April 24, 2011
Dato' Azalina Di Pangkor Rimba Kem_BTN Selangor
Tanggal 23 April, Dato',Azalina telah menjejakkan kaki ke Pangkor Rimba Kem bagi menghadiri Program BTN Selangor yang telah dilaksanakan pada 21-24 April 2011. Gambar belum di upload. tunggu..
Monday, April 18, 2011
Pelbagai pakej berkumpulan pada bulan February dan March 2011
Antara pakej yang telah menggunakan perkhidmatan dan menetap di Pangkor Rimba Kem.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
Friday, February 11, 2011
Suasana Sekitar D' Senja Beach Resort
| Kemudahan D'Senja Beach Resort |
Sekali pandang, nampak macam gerai terbiar. Atas usaha dan data kreativiti Pemilik Pangkor Rimba Kem dan D'Senja Beach Resort ini, iaitu En. Mohd Pisol bersama sokongan ahli keluarganya, telah mengeluarkan kos pengubahsuaian chalet kedua ini. D'Senja masih mengekalkan konsep dan rekabentuk asal premis ini, ditambah dengan beberapa pengubahsuaian maka terbinalah sebuah chalet yang unik, tetapi masih
mempunyai konsep bumi hijau. Jika dilihat pada gambar, D' Senja dilengkapi
dengan ruangan menunggu yang mempunyai pelbagai fungsi, surau,
ruangan memasak, tandas, serta lobi.
ruangan memasak, tandas, serta lobi.
| Lobi D'Senja Beach Resort |
Ruangan lobi ini dilengkapi dengan kemudahan air panas dan air sejuk, peralatan
Senja - Buaian/Tempat Berehat
Para pengunjung boleh merehatkan badan samada duduk di buaian ataupun kerusi rehat yang terdapat di sekitar Resort Senja ini. Terdapat kemudahan 2 saluran paip air yang disediakan untuk pengunjung untuk mereka membersihkan diri dengan air bersih setelah puas mandi di laut sebelum masuk ke bilik penginapan.
| Senja_Standard Seaview |
Manakala gambar di atas menunjukkan ruangan dalam bilik standard. Terdapat sebanyak 17 bilik standard di sini. 4 daripadanya dipanggil sebagai bilik standard seaview. Ini adalah kerana, pintu bilik ini berhadapan dengan laut dan sangat hampir dengan laut seperti yang dapat dilihat dalam gambar di atas. Setiap bilik standard mempunyai kemudahan asas seperti ; penghawa dingin, almari, televisyen, set kerusi, dan bilik air yang dilengkapi dengan 'water heater'.
Pandangan Hadapan Senja-VIP
Ini adalah bilik yang terbaru yang terdapat di resort ini iaitu Bilik VIP. Ruang dalam bilik ini adalah seperti yang dipaparkan dalam gambar yang berikutnya.
Pandangan Sisi Senja-VIP
Ianya dilengkapi dengan 1 katil kelamin, 1 katil bujang, penghawa dingin set meja kopi, TV, kettle, kerusi rehat cermin muka, meja solek, ruangan untuk menyimpan baju. Bilik ini sangat sesuai sebagai penginapan sebuah keluarga.
Senja - Bilik-bilik Seaview
Gambar ini menunjukkan sebahagian dari bilik-bilik seaview yang terdapat di Senja Beach Resort.
| Panorama sebelum waktu Senja |
Ini pula ialah pandangan di tepi laut dari sudut bilik seaview.
Thursday, February 10, 2011
Suasana Sekitar Pangkor Rimba Kem
Address : Pangkor Rimba Kem & D' Senja Beach Resort
Coral Beach, Teluk Nipah,
32300 Pangkor Island,
Perak Darul Ridzuan
Malaysia
Tel : 05-6855523 / Fax : 05-6852242
Email : pangkorrimbakem@gmail.com
Blog : http://www.pangkorrimbakem.blogspot.com
Facebook : Pangkor Rimba Kem Resort
| Pejabat Pangkor Rimba Kem |
Alhamdulillah, berkat kesabaran, usaha dan sokongan semua pihak, PANGKOR RIMBA KEM, telah berjaya mengembangkan sayap perniagaannya setelah berjaya membuka chalet yang kedua yang dinamakan sebagai D' SENJA BEACH RESORT. Ini ialah gambar pejabat utama yang terletak di Pangkor Rimba Kem. Di sinilah segala urusan pentadbiran dilaksanakan termasuklah urusan keluar masuk pelanggan. Pelanggan yang ingin menggunakan perkhidmatan jalur lebar atau Internet, mereka boleh layarinya di sekitar kawasan pejabat ini secara percuma. Ruangan ini dilengkapi dengan kemudahan air panas dan air sejuk. Permainan Dart juga disediakan di sisi pejabat ini.
| Rimba - Bilik Standard |
Ini adalah gambar bahagian luar dan bahagian dalam Bilik Standard yang terdapat di Pangkor Rimba Kem, Telok Nipah. Setiap bilik, mempunyai keluasan kira-kira 15x20 kaki. Ruang dalamnya amat selesa dan dicadangkan untuk 4 orang bagi sebuah bilik. Ianya dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin, televisyen, set kerusi dan bilik air serta 'water heater' untuk mandi. Terdapat sebanyak 12 buah bilik standard yang di Pangkor Rimba Kem. Kesemua bilik ini mengadap arah laut.
| Rimba - Bilik Mini Chalet |
Ini pula adalah gambar Mini Chalet. Dengan keluasan kira-kira 15x10 kaki, ianya dicadangkan untuk 2 orang sebilik. Mempunyai 1 katil 'double' , set kerusi, serta kemudahan penghawa dingin dan bilik air di dalam. Terdapat sebanyak 3 buah bilik bagi mini chalet ini, juga mengadap arah laut.
| Rimba - Bilik Dorm |
Ini gambar bagi Dorm. Terdapat sebanyak 4 Dorm di sini. Setiap dorm boleh memuatkan seramai 18 orang yang dilengkapi dengan kemudahan katil bertingkat, penghawa dingin dan bilik air. Sekiranya bilik air tidak mencukupi, pelanggan boleh menggunakan bilik mandi atau bilik air luar yang telah disediakan.

Rimba - Tapak Perkhemahan
Selain daripada kemudahan penginapan bilik, pihak Pangkor Rimba Kem, mempunyai satu lagi keunikannya, iaitu menawarkan kawasan tapak perkhemahan yang sangat luas dan boleh menampung kira-kira 250 orang pada satu-satu masa. Kawasan ini dikelilingi dengan pelbagai jenis pokok yang telah berumur puluhan tahun lamanya. Ianya, merupakan harta dunia yang tak ternilai harganya.

Rimba - Aktiviti Air (Atas permintaan pelanggan)

Rimba - Dewan Besar
Rimba - Dewan Makan, Bola Tampar & Ruang Santai
Rimba - Kawasan Pantai yang luas

Rimba - Surau utk Lelaki dan Perempuan
Bagi menampung kehendak pelanggan yang pelbagai, pihak Pangkor Rimba Kem sentiasa berusaha bertungkus-lumus untuk memperbaiki perkhidmatan dan segala kemudahan yang terdapat di sini. Selain dari penginapan, Pangkor rimba Kem juga menyediakan kemudahan asas yang lain seperti :

Rimba - Dewan Besar
Rimba - Dewan Makan, Bola Tampar & Ruang Santai
Rimba - Kawasan Pantai yang luas
Rimba - Surau utk Lelaki dan Perempuan
Bagi menampung kehendak pelanggan yang pelbagai, pihak Pangkor Rimba Kem sentiasa berusaha bertungkus-lumus untuk memperbaiki perkhidmatan dan segala kemudahan yang terdapat di sini. Selain dari penginapan, Pangkor rimba Kem juga menyediakan kemudahan asas yang lain seperti :
DEWAN TERBUKA, TEMPAT MASAK TERBUKA,
KEMUDAHAN TEMPAHAN MAKANAN BAGI KUMPULAN, PERMAINAN BOLA TAMPAR,
SUKANEKA, PAKEJ FAMILY DAY, PUSING PULAU MELALUI AIR DAN DARAT,
AKTIVITI LASAK ( Jungle Tracking, Absailing, Repelling ), SEWA KENDERAAN DAN KARAOKE.Agungnya Keindahan Alam Ciptaan-NYA
Kata orang, jauh perjalanan, luas pandangan. Bagi saya, kalau nak tengok pemandangan yang cantik, tak perlu pergi jauh-jauh. Di Pulau Pangkor ni pun dah cukup memukau pandangan, malah mampu membuat semua orang teruja dan terkasima terutamanya suasana ketika di waktu senja. Gambar ini telah diambil dari depan chalet Pangkor Rimba Kem, Teluk Nipah.
Sebagai tanda menghargai keindahan alam ciptaan-NYA, maka kami telah mengambil keputusan untuk memilih nama D' Senja Beach Resort sebagai nama bagi resort kami yang baru yang telah beroperasi lebih kurang setahun yang lalu. Syukur alhamdulillah, berkat doa, usaha dan sokongan yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat, perniagaan ini masih dapat bertahan dan semakin berkembang.
Subscribe to:
Posts (Atom)



